suria

Banyak beri sumbangan kepada negara, BTS boleh dikecualikan sertai latihan ketenteraan

BTS menunggu keputusan kerajaan berkaitan penyertaan dalam latihan ketenteraan.

DISEBABKAN kejayaan dalam bidang seni dan telah memberi sumbangan kepada negara Korea Selatan, anggota kumpulan BTS berkemungkinan diberi pengecualian dari menyertai latihan ketenteran seperti mana yang diwajibkan ke atas semua lelaki negara tersebut berumur tidak melebihi 28 tahun.

Meskipun masih belum mendapat kata putus berkaitan perkara tersebut, kesemua anggota kumpulan BTS bersedia jika mereka disenaraikan untuk mengikuti latihan ketenteraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan BTS mungkin masuk latihan ketenteraan serentak pada 2022

“Anggota BTS akan menerima semua keputusan yang ditetapkan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan.

“Sukar untuk BTS membuat sebarang perancangan berkaitan aktiviti seni dan kami akan sentiasa memantau ketetapan yang bakal dikeluarkan,” ujar wakil pengurusan BTS.

Isu ini turut mendapat perhatian Badan Pertahanan Negara yang menjelaskan perkara tersebut bakal dibincangkan dalam masa terdekat.

“Pihak kerajaan akan menguruskan hal ini dalam secepat mungkin.

“Akta yang membenar pengecualian terhadap artis memperoleh pencapaian terbaik dari menyertai latihan ketenteraan masih lagi ditangguhkan,” jelas wakil parlimen kerajaan.

Sekirannya tidak menyertai latihan ketenteraan, penyertaan mereka terhadap program khidmat negara ini bakal dikira berdasarkan aspek seni dan sukan. -ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain