suria

Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil, janji tidak ulangi lagi

Adam Levine mengakui isteri dan anak-anak orang terpenting buat dirinya.

PENYANYI dan vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine menerima pelbagai kecaman selepas didakwa kantoi berlaku curang dengan isterinya, Behati Prinsloo yang kini sedang hamil anak ketiga.

Difahamkan, perkara itu didedahkan oleh kekasih gelapnya iaitu model, Sumner Stroh menerusi aplikasi TikTok yang menyatakan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan hampir setahun.

Susulan itu, Adam mengakui kesal dengan apa yang berlaku sekaligus tampil menafikan dakwaan miliki hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Adam Levine kesal dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak mempunyai hubungan sulit, ia melampaui batas dan sesuatu yang cukup saya kesali sepanjang kehidupan saya ini. Dalam keadaan ini, saya perlu menangani isu ini segera dan mengambil langkah proaktif," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu menyatakan bahawa dia lebih mengutamakan isteri dan keluarganya.

Malah, dia bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Isteri dan keluarga adalah orang yang saya sayangi di dunia ini. Menjadi naif dan cukup bodoh untuk mempertaruhkan satu-satunya perkara yang benar-benar penting bagi saya.

"Ini adalah kesilapan terbesar yang penah saya lakukan. Saya tidak akan mengulanginya lagi," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap kacak! Kang Tae Oh kongsi foto rambut pendek, mula jalani latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears bawa diri sampai ke Hawaii, emosi terganggu gara-gara isu dengan anak

Terdahulu, Sumner Stroh telah berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Adam menerusi ruangan TikTok sehingga ramai mengecam penyanyi berkenaan.

Untuk rekod, Adam telah berkahwin dengan Behati sejak 2014. Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata Dusty Rose, 5, dan Gio Grace, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain