suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat teruja! OneRepublic umum adakan konsert di KL, Mac tahun depan

OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023.

KUMPULAN OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023 dan Malaysia antara negara yang tersenarai

Kumpulan pop rock Amerika ini dijadualkan bakal mengadakan konsert itu di Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun depan.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh OneRepublic menerusi laman Twitter rasmi.

"Asia! Kami sangat teruja untuk kembali pada musim bunga 2023. Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang.

"Anda boleh layari laman web http://onerepublic.com/tour untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jumpa di sana!," tulis mereka.

one9

Memulakan siri jelajah Asia pada Februari depan di Manila, Filipina.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dewa 19, Rizky Febian kini giliran Afgan umum konsert di Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber batal konsert jelajah dunia, penganjur maklum persembahan di KL masih mengikut jadual

Konsert tersebut dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan tiket bakal dijual secara berperingkat.

Bermula 27 September ini untuk kelab peminat, 28 September untuk ahli Live Nation dan jualan umum pada 29 September depan.

one2

Konsert tersebut bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebelum itu, penyanyi antarabangsa ini bakal memulakan siri jelajah mereka di Filipina pada 23 Februari dan seterusnya ke Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taiwan dan Jepun.

Untuk info, One Republic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis).

Mereka popular dengan lagu Counting Stars, Secrets, Apologize dan kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 25 April 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia