PERSONALITI media sosial terkenal Indonesia, Atta Halilintar tampil mempertahankan individu yang gemar merakam video pesawat mendarat selepas tular satu hantaran di Threads yang mempersoalkan perbuatan tersebut.Atta berkata tiada salahnya seseorang mengabadikan detik berkenaan kerana setiap individu mempunyai pengalaman dan kisah tersendiri yang tidak diketahui orang lain. Kata Atta, mungkin itu kali pertama mereka melihat pesawat dari jarak dekat atau detik tersebut mempunyai nilai sentimental yang cukup bermakna dalam hidup.Perkongsian Atta yang dimuat naik di Threads miliknya."Urus sahaja hidup sendiri. Lucu juga apabila ada yang sanggup menghakimi orang lain hanya kerana mereka teruja merakam pesawat yang sedang mendarat. Sedangkan kita tidak pernah tahu kisah di sebalik detik itu. "Mungkin itu pengalaman pertama mereka, atau mungkin juga ia merupakan momen yang sangat bermakna dalam hidup mereka," katanya. Atta berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Atta Halilintar buat Aurel Hermansyah ‘cair’, nekad nikah usia mudaARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Aurel Hermansyah terima layanan buruk, Atta Halilintar nafi kemelut dalam keluargaDalam pada itu, Atta menegaskan menikmati pemandangan dan merakam kenangan tidak mencerminkan status, tahap pendidikan mahupun kedudukan ekonomi seseorang."Menikmati pemandangan dan mengabadikan kenangan bukanlah ukuran status, tahap pendidikan atau kedudukan ekonomi seseorang."Apa yang benar-benar memalukan ialah apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat hanya kerana memandang rendah dan memperlekehkan orang lain," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!