PELAKON Ji Soo mengakui kehidupannya berubah selepas memilih untuk memulakan langkah baharu di Filipina susulan kontroversi dakwaan keganasan dan buli ketika zaman persekolahan yang tercetus pada 2021.Ji Soo, 33, berkata sudah hampir dua tahun dia menetap di Filipina dan bersyukur apabila masyarakat di negara itu memberikan sambutan positif terhadap kehadirannya. Menurut pelakon itu, pengalaman berada di fasa paling sukar dalam hidup membuatkan dia mengubah perspektif serta lebih menghargai setiap peluang yang hadir.Ji Soo seronok nikmati kehidupan di Filipina.“Saya rasa pengalaman berada di titik terendah mengubah cara saya melihat kehidupan. Saya lebih menghargai peluang yang diberikan kepada saya sekarang,” katanya.Kini, Ji Soo mengembangkan kerjaya bersama sebuah stesen penyiaran terbesar di Filipina dan menyedari terdapat perbezaan ketara dalam sistem pengurusan industri hiburan di negara berkenaan berbanding Korea Selatan.Katanya, dia perlu lebih berdikari termasuk menguruskan sendiri beberapa perkara berkaitan kerjaya.ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh 'kaki buli', Ji Soo mohon maaf secara terbuka - “Kehidupan saya hancur kerana masa lalu yang gelap!”ARTIKEL BERKAITAN: Isu buli ketika zaman sekolah selesai, Ji Soo kembali aktif sebagai pelakon“Pagi ini saya pergi temu bual untuk program dan saya sendiri menguruskan rambut serta solekan.“Saya perlu berjimat kerana saya tidak sanggup membelanjakan wang untuk perkara seperti itu,” ujarnya.Dalam pada itu, Ji Soo turut berkongsi mengenai usahanya mempelajari bahasa Inggeris selepas nekad mengembangkan kerjaya di luar Korea.Jelasnya, bekerja di luar negara sememangnya menjadi impiannya sejak dahulu dan dia sedar penguasaan bahasa Inggeris amat penting.Ji Soo makin mahir bercakap bahasa Inggeris.“Saya tahu saya perlu belajar bahasa Inggeris dengan betul, jadi saya mula belajar selepas datang ke Filipina.“Saya mengambil dua tutor persendirian dan bekerja keras. Kini tahap bahasa Inggeris saya sudah tidak lagi menjadi penghalang dalam pekerjaan,” kongsinya.Sebelum ini, Ji Soo mengambil tempoh berehat panjang daripada industri hiburan selepas dakwaan buli ketika zaman persekolahan mula tersebar.Kontroversi tersebut turut menyebabkan dia meninggalkan drama River Where The Moon Rises selain kontraknya bersama agensi lama ditamatkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!