SUDAH mampu mencari pendapatan sendiri sejak usia muda, namun pelakon dan penyanyi Kiesha Alvaro masih menerima duit poket daripada bapanya, Pasha Ungu.Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said, 46, berkata, dia tidak melihat pemberian wang kepada anaknya itu sebagai sesuatu yang pelik walaupun Kiesha kini sudah mempunyai kerjaya dan mampu berdikari. Menurut Pasha, sebagai seorang bapa, dia tetap mempunyai tanggungjawab untuk mengambil berat mengenai keperluan anak-anaknya.Pasha bangga lihat kerjaya anaknya, Keisha."Sudah tentu saya beri, duit dia biar masuk tabung saja. Duit saya dia boleh guna untuk sehari-hari. Kan ayahnya masih ada. Anak perempuan pun saya beri,” katanya.Pasha turut berbangga dengan pencapaian Kiesha yang sudah mampu membina kerjaya dalam bidang lakonan dan muzik pada usia muda.Malah, vokalis kumpulan Ungu itu menyifatkan anaknya lebih hebat berbanding dirinya ketika pada usia yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri punca Pasha Ungu tolak tawaran berlakon dengan anaknya Keisha AlvaroARTIKEL BERKAITAN: Enggan ikut jejak langkah bapa, anak Pasha Ungu tak sedia kahwin muda“Saya sendiri mula mencari wang pada usia 18 tahun. Sebab itu saya pernah kata Kiesha lebih hebat daripada saya.“Dia sudah diberi kepercayaan dalam industri, sama ada filem, sinetron atau muzik. Dia sudah mampu menjana pendapatan sendiri ketika masih kecil,” ujarnya.Sebelum ini, hubungan mereka pernah menjadi perhatian selepas Kiesha berkongsi mengenai pengalaman sukar yang dilaluinya selepas perceraian ibu bapanya.Bagaimanapun, hubungan mereka dilihat semakin baik selepas Pasha terus memberikan sokongan terhadap perjalanan hidup serta kerjaya anak sulungnya itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!