suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Nikita Willy dipuji, jadi imam solat Jumaat di Kanada

Suami Nikita (kiri) dipuji selepas menjadi imam solat Jumaat di Kanada.

SUAMI kepada pelakon Indonesia, Nikita Willy iaitu Indra Priawan mencuri perhatian selepas tampil menjadi imam solat Jumaat di Edmonton, Kanada Barat.

Indra berada di Kanada bersama Nikita bagi merasmikan Masjid Al Ikhlas Centre Edmonton pada Sabtu lalu.

Lebih menarik perhatian ramai, Indra diberi penghormatan untuk mengetuai solat Jumaat pertama di masjid yang baru sahaja dirasmikan itu.

Nikita (kiri) juga sebelum ini sudah berhijrah menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi video yang dikongsikan akaun Instagram @masjidedmontonkanada, Indra dilihat membaca surah Al-Kahfi dengan lancar ketika mengimamkan solat tersebut.

“Detik mengagumkan ketika Indra Priawan memimpin solat Jumaat pertama di Masjid Al Ikhlas Centre Edmonton.

“Beliau mengimamkan Ustaz Fatih Karim bersama para jemaah masjid,” tulis akaun berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy ‘sentap’ suami tegur kesalahan bacaan al-Quran, semakin aktif ikuti majlis agama

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat menangis lihat Nikita Willy sudah berhijab

Perkongsian tersebut turut tular di media sosial sekali gus mengundang pujian daripada warganet.

Malah, rata-rata jemaah yang hadir dikatakan kagum melihat bacaan Indra yang fasih dan jelas ketika melantunkan ayat suci al-Quran.

“Jemaah yang hadir berasa kagum dan menghormati beliau kerana begitu khusyuk melantunkan ayat al-Quran secara fasih dan jelas,” tulis netizen. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain