suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur baru 18 tahun, Yura anggota Koiro Singal didakwa sudah ada anak

Yura tak peduli dengan kata netizen.

ANGGOTA kumpulan Koiro Singal, Yura, menjadi perhatian apabila didakwa sudah mempunyai seorang anak secara rahsia.

Dakwaan tersebut tercetus selepas seorang peminat mendedahkan beberapa gambar yang memaparkan Yura bersama seorang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang wanita di platform X.

Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat memandangkan Yura baru sahaja berusia 18 tahun.

Akaun yang menyebarkan kisah silam Yura.

Susulan kontroversi tersebut, pihak pengurusan Yura tampil mengesahkan bahawa penyanyi berasal dari Jepun itu sudah mempunyai seorang anak.

Menurut pihak pengurusan, mereka sudah mengetahui mengenai status Yura sebelum dia menyertai kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Yura tidak pernah berkahwin dan kini masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu bersama bapa kepada anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa sambutan ulang tahun ke-10 Blackpink hambar, Jisoo tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon AI lagi popular di China, ‘Fang Taozi’ kaya macam manusia... Dibayar RM170,000 promosi produk 20 saat

Pihak pengurusan turut menegaskan bahawa status Yura sebagai seorang ibu tidak seharusnya menjadi penghalang untuknya mengejar impian sebagai seorang idol.

“Kami tidak percaya kenyataan seperti ‘dia tidak boleh mengejar impiannya kerana mempunyai anak’ atau ‘dia tidak boleh menyerlah kerana dia seorang ibu’ boleh diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Yura tetap meneruskan komitmennya bersama Koiro Singal selepas pendedahan tersebut.

Yura bahagia bersama anak dan teman lelakinya.

Dia dilihat membuat persembahan di sebuah festival muzik sebelum meluangkan masa beramah mesra dengan peminat sebaik sahaja persembahan selesai.

Pihak pengurusan berharap Yura tidak akan menyesali keputusannya untuk bergelar seorang idol dan terus diberikan ruang untuk membuktikan kebolehannya dalam industri hiburan.

Mereka turut berharap masyarakat dapat memberikan sokongan kepada Yura untuk meneruskan impiannya tanpa menjadikan statusnya sebagai seorang ibu sebagai halangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain