suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahalini tiada masalah bawa anak bekerja tapi dilarang hisap rokok, kena pakai ‘earplug‘

Mahalini tetapkan syarat jika membawa anak ke konsert.

SERING membawa anaknya ketika tampil membuat persembahan, penyanyi Mahalini, 26, menegaskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurusan demi keselamatan dan keselesaan Zaire Selina Quinlyn.

Antara perkara utama yang ditetapkan adalah larangan menghisap rokok di ruang menunggu, iaitu tempat anaknya berada ketika dia tampil di atas pentas.

Bahkan, isteri kepada penyanyi Rizky Febian ini juga sentiasa memastikan anaknya tidak terkesan dengan bunyi muzik yang terlalu kuat.

Mahalini dan Rizky tidak mahu anak terdedah kepada asap rokok. 

"Ada peraturan sendiri. Kalau Sena (anak) ikut, di belakang pentas tiada asap rokok. Kalau mahu merokok, harus keluar.

"Dia juga sudah dipakaikan earplug (pemalam telinga). Memang dia tidak mahu, tetapi sudah disiapkan," katanya.

Tambahnya lagi, dia dan suami tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa anak mereka ketika terlibat dalam mana-mana persembahan pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong kerana tolak permintaan bergambar, Mahalini beri jawapan ‘pedas’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Pendengar tegur sebutan lirik lagu tak jelas, Mahalini kata memang sengaja demi menjiwai emosi

Baginya, ini juga satu bentuk pendedahan kepada Sena supaya anak kecil itu memahami tugas mereka sebagai penyanyi.

"Dia memang suka mengikut kami membuat persembahan. Dari kecil dia sudah teman ibu bapanya menyanyi.

"Saya tidak ada sebarang masalah, mahu memberitahu dia bahawa ini adalah kerja ibunya," ujar Mahalini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain