PENYANYI Beyonce berdepan saman daripada sebuah syarikat muzik yang mendakwa dia menggunakan sampel lagu tanpa kebenaran dalam lagu hitnya, Alien Superstar daripada album Renaissance yang diterbitkan pada 2022.Menurut laporan, Hirose Enterprise dan penerbit muzik Shuji Hirose memfailkan saman terhadap Beyonce serta beberapa syarikat muzik atas dakwaan melanggar hak cipta. Hirose mendakwa syarikat itu memiliki hak ke atas lagu berjudul Moonraker yang dinyanyikan oleh pemuzik John Holiday.Beyonce didakwa melanggar hak cipta.Syarikat berkenaan mendakwa Beyonce menggunakan bahagian pengenalan berbentuk ucapan daripada lagu tersebut dalam Alien Superstar.Lebih mengejutkan, saman tersebut mendakwa Beyonce dan pasukannya tidak mendapatkan lesen penggunaan sampel berkenaan sebelum album itu dilancarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Beyonce tak laku, penganjur buat potongan harga penuhkan stadiumARTIKEL BERKAITAN: Restoran milik ibu Beyonce ditutup sementara selepas pelanggan mengadu muntah darahSyarikat itu turut mendakwa sudah memaklumkan pihak Beyonce mengenai isu pelanggaran hak cipta tersebut, namun rakaman berkenaan masih terus dijual.Menerusi saman itu, Hirose memohon perintah mahkamah bagi menghalang Beyonce daripada terus memperoleh keuntungan daripada karya terbabit selain menuntut ganti rugi yang jumlahnya tidak dinyatakan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!