suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak menyesal tinggal kerjaya seni, pelakon raih gaji lebih tinggi jadi pemandu teksi

Cheung Ling kini selesa meneruskan kerjaya sebagai pemandu teksi.

SEDAR dengan keperluan semasa, pelakon asal Hong Kong, Pang Cheung Ling nekad untuk beralih bidang kerjaya menjadi pemandu teksi sepenuh masa. 

Menurut Cheung Ling, 33, meskipun ia bukan satu keputusan mudah, namun dia harus menerima kenyataan bahawa pembabitan dalam drama televisyen kini tidak lagi memberi keuntungan besar. 

“Saya rasa ada tempoh tertentu dalam hidup untuk mengejar impian. Apabila sudah mencapai usia tertentu, kita perlu berdepan dengan realiti,” katanya dalam satu temu bual. 

Cheung Ling antara pelakon drama yang dikenali ramai di Hong Kong. 

Keputusan untuk meninggalkan kerjaya glamor juga dibuat selepas kontraknya bersama sebuah stesen televisyen tamat pada Julai lalu. 

Dalam masa sama faktor usia juga menjadi pendorong buat Cheung Ling memikirkan tentang masa depan dan mencari pekerjaan yang dapat memberi hasil pendapatan tinggi. 

Ternyata keputusan yang dibuat itu tepat apabila dia mampu mengumpul wang sekitar RM1,000 dalam tempoh sehari dan nilai tersebut jauh lebih besar berbading kerjaya lakonan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 18 tahun, Yura anggota Koiro Singal didakwa sudah ada anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon AI lagi popular di China, ‘Fang Taozi’ kaya macam manusia... Dibayar RM170,000 promosi produk 20 saat

“Pastinya lebih mudah untuk mencari rezeki dengan cara ini berbanding menjadi pelakon. Menjadi pelakon agak mencabar," ujarnya. 

Biarpun begitu, pelakon ini memberitahu dia tidak berniat untuk terus meninggalkan kerjaya seni dan terbuka menerima sebarang tawaran yang dirasakan sesuai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain