suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular foto didakwa hisap vape, Chaeyoung beri penjelasan - “Itu bukan rokok“

Chaeyoung tampil beri penjelasan pertahankan namanya.

TIDAK terus berdiam diri, penyanyi Chaeyoung tampil menjawab isu yang tular apabila didakwa menghisap rokok elektronik atau vape di sebuah kawasan tertutup.

Menafikan dakwaan tersebut, Chaeyoung turut menjelaskan situasi sebenar yang menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

"Saya sebenarnya mahu berdiam diri, tetapi ramai yang bertanya kepada saya mengenai insiden merokok itu.

Foto yang tular (kiri) sehingga menjejaskan nama baik Chaeyoung. 

"Itu bukan rokok, saya sedang minum. Cuba lihat dengan teliti. Penatlah! Saya cuma sedang berseronok," jelasnya menerusi platform interaksi bersama peminat.

Tambah anggota kumpulan Twice ini, dakwaan tersebut juga tidak masuk akal memandangkan gambar yang dirakam secara sembunyi itu menunjukkan dia berada di dalam premis yang turut dipenuhi ramai orang.

Malah, sebagai seorang selebriti, Chaeyoung juga tahu menjaga batas agar segala tindakan buruknya tidak menjadi contoh kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa sambutan ulang tahun ke-10 Blackpink hambar, Jisoo tampil mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Ji Soo berubah sejak pindah Filipina, mula berjimat mekap pun buat sendiri

"Bukankah perkara itu langsung tidak masuk akal? Adakah seseorang akan melakukan perkara seperti itu secara terbuka di tempat yang sesak dengan orang ramai?

"Saya bukanlah seseorang yang tidak berfikir panjang," jelasnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan berkenaan selepas tular foto Chaeyoung seolah-olah memegang sebuah peranti bercahaya yang dipercayai rokok elektronik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain