ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Key, berdepan dengan siasatan polis selepas namanya dikaitkan dengan kes seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Injection Auntie'.Menurut laporan media Korea Selatan, wanita berkenaan didakwa menjalani rawatan perubatan tanpa lesen. Malah wakil Balai Polis Gangnam secara rasmi mengklasifikasikan Key dan YouTuber Haetnim sebagai suspek dalam siasatan berhubung dakwaan melanggar Akta Perkhidmatan Perubatan.Key bersedia membantu siasatan polis.Malah kedua-duanya dilaporkan sudah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis pada bulan lalu selepas dipercayai pernah mendapatkan rawatan daripada wanita yang digelar ‘Injection Auntie’ berkenaan.Wanita itu didakwa memberikan rawatan melalui saluran intravena serta menetapkan ubat antidepresan kepada pesakit walaupun tidak mempunyai lesen perubatan.Key sebelum ini mengakui pernah menerima rawatan daripada wanita berkenaan dan mengambil keputusan menghentikan sementara aktiviti seninya susulan kontroversi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan Dipercayai Punca Jonghyun Bunuh DiriARTIKEL BERKAITAN: Nampak perut makin boroi, peminat pertikai penampilan Taemin SHINeeBagaimanapun, penyanyi berusia 34 tahun itu kembali aktif dalam industri hiburan pada April lalu.Kedua-duanya turut disoal sama ada mengetahui status wanita berkenaan yang didakwa tidak mempunyai kelayakan atau lesen untuk memberikan rawatan perubatan.Polis dijangka membuat keputusan berhubung tindakan lanjut selepas meneliti bukti yang diperoleh termasuk hasil penggeledahan di kediaman serta kenderaan wanita terbabit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!