BINTANG bola sepak Amerika, Travis Kelce menyifatkan perkahwinannya dengan penyanyi Taylor Swift sebagai antara momen paling istimewa dalam hidupnya.Malah atlet itu menganggap majlis tersebut sebagai ‘malam terbaik’. Bercerita mengenai majlis itu, Kelce berkata perkahwinan berkenaan turut merealisasikan impian zaman kanak-kanak untuk berada di sebuah lokasi sukan ikonik, Madison Square Garden, New York City."Saya selalu memberitahu diri sendiri yang saya mahu pergi menonton perlawanan playoff apabila Knicks beraksi.Travis bersyukur dapat mengahwini pilihan hatinya, Taylor (kiri).“Isteri saya pernah pergi ketika saya terikat dengan kem latihan, jadi saya tidak berpeluang untuk ke sana ketika itu.“Jadi, agak mengagumkan apabila saya dapat merealisasikan impian zaman kanak-kanak untuk berada di lokasi itu, yang merupakan antara lokasi sukan paling ikonik... dan berkahwin di sana,” katanya.Dalam pada itu, Kelce turut berterima kasih kepada pihak pengurusan lokasi kerana membenarkan mereka mengadakan majlis secara tertutup.ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sah berkahwinARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles tak hadir majlis perkahwinan bekas kekasih, Taylor Swift“Saya berterima kasih kepada pemilik kerana memberi kami peluang untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi kerana kami mahukan satu acara tertutup.“Semuanya sempurna,” ujarnya.Pada 3 Julai lalu, Swift sah bergelar isteri Kelce dalam sebuah majlis perkahwinan mewah. Majlis tersebut turut dihadiri selebriti terkenal termasuklah Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon dan Tommy Hilfiger.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!