suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Styles tak hadir majlis perkahwinan bekas kekasih, Taylor Swift

Harry (kiri) menerima undangan ke majlis perkahwinan bekas kekasih.

BEKAS kekasih Taylor Swift, Harry Styles dilaporkan tidak menghadiri majlis perkahwinan penyanyi itu yang berlangsung di Madison Square Garden, New York, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. 

Walaupun Harry tidak kelihatan di majlis tersebut, tunangnya, Zoe Kravitz tetap hadir seorang diri, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Menurut laporan Variety, Harry sebenarnya telah menerima jemputan ke majlis tersebut tetapi tidak dapat hadir kerana komitmen jadual kerja yang padat.

Harry (kanan) dan Taylor sebelum ini pernah menjadi pasangan kekasih.

Difahamkan, penyanyi itu sedang sibuk dengan jelajah dunia Together World Tour 2026 yang bermula sejak Mei 2026 di Amsterdam, Belanda.

Dalam masa yang sama, Harry juga terlibat dengan rangkaian persembahan di Wembley Stadium, United Kingdom pada 3 dan 4 Julai 2026, yang menjadikan jadualnya semakin padat.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Kawalan polis majlis kahwin Taylor Swift cecah RM700,000

Untuk rekod, Harry dan Taylor pernah menjalin hubungan cinta sekitar hujung 2012 hingga awal 2013, yang pada ketika itu menjadi bualan di seluruh dunia.

Pada 3 Julai lalu, Taylor sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce dalam sebuah majlis perkahwinan mewah. 

Majlis tersebut turut dihadiri ramai selebriti terkenal termasuklah Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon dan Tommy Hilfiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain