suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift sah berkahwin

Taylor (kanan) kini sah bergelar isteri kepada Travis.

PENYANYI Taylor Swift sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce pada Sabtu.

Pasangan berusia 36 tahun itu disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan mewah yang berlangsung di Madison Square Garden, New York City.

Menurut wakil Taylor, pasangan itu memilih busana eksklusif rekaan Christian Dior Haute Couture yang direka khas oleh Jonathan Anderson.

Berbeza dengan kebiasaan, Taylor dan Travis tidak memilih pengiring pengantin perempuan atau lelaki.

Taylor dan Travis bertunang pada Ogos tahun lalu.

Taylor dan Travis bertunang pada Ogos tahun lalu.

Sebaliknya, abang Taylor iaitu Austin Swift bertindak sebagai Man of Honor, manakala abang Travis, Jason Kelce, menjadi Best Man. 

Majlis perkahwinan mereka pula dikendalikan oleh rakan baik pasangan itu iaitu Adam Sandler.

Sebaik sahaja diisytiharkan sebagai suami isteri, skrin gergasi di luar Madison Square Garden memaparkan ucapan ‘JUST T&T MARRIED!’ sebagai meraikan detik bersejarah pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan pasangan derma RM122 juta sebelum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Kawalan polis majlis kahwin Taylor Swift cecah RM700,000

Majlis tersebut turut dihadiri ramai selebriti terkenal termasuk Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon dan Tommy Hilfiger.

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Taylor dan Travis terlebih dahulu mengadakan majlis makan malam bersama keluarga serta rakan-rakan rapat di Infosys Theatre sebagai pembuka tirai sambutan perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Taylor dan Travis mula menjalin hubungan cinta pada September 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.

Pasangan tersebut kemudian dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain