PELAKON Angelina Jolie mendedahkan dia masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta baharu sejak bercerai dengan bekas suaminya, Brad Pitt hampir sedekad lalu.Mirror melaporkan, Angelina, 51, memberitahu sejak berpisah pada 2016, dia memilih untuk memberi sepenuh perhatian kepada enam orang anak serta keluarganya berbanding kehidupan peribadi. "Sejujurnya, saya belum bercinta sejak bercerai hampir 10 tahun lalu."Saya merasakan perkara itu bukan lagi keutamaan dalam hidup kerana fokus saya sekarang adalah kepada anak-anak dan keluarga," katanya. Angelina dan Brad (kanan) sah bercerai pada Disember 2024.Dalam pada itu, Angelina turut mengakui pelbagai dugaan hidup yang dilalui sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya."Segalanya sedang berubah, tetapi bukan seperti yang saya jangkakan."Saya tidak rasa seperti seorang wanita berusia 51 tahun yang mula memikirkan tentang usia tua. Sebaliknya, saya rasa sudah tiba masanya untuk hidup semula dan kembali bebas."Dalam satu sudut, saya rasa kehidupan telah sedikit mematahkan semangat saya," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt mula menyesal, masih sayang Angelina Jolie... Cerai jejaskan hubungan dengan anak-anakARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt saman Angelina Jolie RM146 juta, dakwa bekas isteri langgar perjanjianUntuk rekod, Angelina berkahwin dengan pelakon Brad Pitt pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian. Pasangan itu sah bercerai pada Disember 2024.Mereka memiliki tiga orang cahaya mata bersama iaitu Shiloh, Vivienne dan Knox.Selain itu mereka turut mengambil tiga angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!