PENYANYI Taylor Swift dan pasangannya, Travis Kelce dilaporkan mendermakan kira-kira RM122 juta (AS$26 juta) kepada 20 institusi kebajikan di seluruh Amerika Syarikat ketika khabar angin mengenai perkahwinan mereka semakin hangat diperkatakan.Menurut wakil pasangan itu, sumbangan berkenaan disalurkan kepada beberapa organisasi kebajikan di seluruh negara. Pemilihan lokasi penerima sumbangan dipercayai mempunyai nilai sentimental buat pasangan tersebut.Taylor dan Travis masih kunci mulut berhubung hari perkahwinan.Ia membabitkan Nashville yang menjadi tempat Taylor memulakan kerjaya muzik, Kansas City yang merupakan 'rumah' Kelce dan New York yang dikaitkan dengan lokasi majlis mereka.Biarpun belum mengesahkan khabar angin mengenai perkahwinan, tindakan itu dilihat selari dengan sikap pemurah Taylor yang sering berkongsi rezeki setiap kali meraikan kejayaan besar dalam hidupnya.Dalam masa sama, beberapa rakan rapat Taylor termasuk Ed Sheeran, Phoebe Waller-Bridge dan Sabrina Carpenter dilaporkan sudah berada di New York.ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin majlis kahwin Taylor Swift di New York, tetamu dikawal ketat masuk guna bas khasARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift kekal ungguli senarai billionaire, nilai kekayaan cecah RM9.4 bilionKehadiran mereka sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu bakal disatukan dalam satu majlis istimewa dalam masa terdekat.Untuk rekod, Taylor dan Travis mula menjalin hubungan cinta pada September 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.Pasangan tersebut kemudian dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.Walaupun pasangan ini masih belum mengesahkan tarikh perkahwinan, desas-desus mengatakan mereka dijangka berkahwin pada malam 3 Julai (waktu Amerika Syarikat) bersempena cuti sambutan kemerdekaan negara itu, 4 Julai ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!