pelakon China Xu Peng, drama vertikal Xu Peng, pelakon AI, drama pendek China, Xu Peng jual sayur, Xu Peng balik kampung
REVOLUSI penggunaan pelakon AI (kecerdasan buatan) memberi impak kepada industri seni di China sehingga menyebabkan ramai anak seni hilang pekerjaan.Antara yang menerima kesan tersebut ialah pelakon Xu Peng, 30, yang dilaporkan kini terpaksa memulakan kehidupan baharu sebagai penjual sayur-sayuran di kampung halamannya. Xu Peng yang sebelum ini aktif membintangi drama vertikal dikatakan sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran sejak Januari.Xu Peng antara pelakon drama vertikal yang dikenali ramai. Menerusi beberapa gambar yang tersebar, pelakon itu dilihat membantu keluarganya berniaga di sebuah kawasan perkampungan di wilayah Shandong, China.Laporan media tempatan menyebut Xu Peng memilih haluan berbeza bagi meneruskan kelangsungan hidup."Berlakon hanyalah kerjaya. Jika tidak ada tawaran, saya akan cari jalan lain untuk terus hidup. Apa yang penting, saya melakukan kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.ARTIKEL BERKAITAN: Dawn rancang bersara lima tahun lagi, mahu dilupakan peminat ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Eli U-Kiss dakwa wang saraan anak tak cukup"Tiada cabaran yang tidak boleh saya lalui. Walaupun kerjaya sudah berubah, saya masih orang yang sama," katanya.Isu berkaitan penggunaan pelakon AI sebelum ini menjadi perdebatan dalam kalangan penggiat seni di China selepas beberapa syarikat produksi mula beralih konsep dengan memanfaatkan teknologi berkenaan.Ramai pelakon drama pendek kehilangan pendapatan yang sebelum ini dianggarkan mencecah sekitar RM12,000 sehari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!