PELAKON Tom Holland mendedahkan disleksia yang dihidapinya menjadi antara sebab utama dia belum pernah menerima tawaran sebagai hos program komedi popular Saturday Night Live (SNL).Menerusi temu bual dalam podcast Good Hang bersama Amy Poehler, Holland berkata dia berdepan kesukaran membaca skrip secara lantang, lebih-lebih lagi apabila berlaku perubahan pada saat-saat akhir. "Saya menghidap disleksia yang teruk. Itulah salah satu sebab mengapa saya belum pernah menjadi hos SNL," katanya.Holland menghidap penyakit disleksia yang teruk.Dalam pada itu, Holland memberitahu penggunaan kad isyarat (cue card) dalam rancangan itu yang sering dikemas kini pada minit-minit terakhir membuatkan dia berasa bimbang dan kurang yakin."Saya sangat takut dengan situasi apabila saya perlu membaca sesuatu dan mereka mengubahnya pada saat akhir," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland, Zendaya sah berkahwin ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai mengeja, Tom Holland rupanya hidap ADHD dan disleksiaBagaimanapun, Holland menjelaskan dia sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk membaca, namun sering berdepan halangan mental apabila perlu membaca dengan kuat di hadapan khalayak ramai. "Saya boleh membaca dengan baik, tetapi apabila saya perlu membaca dengan kuat, saya boleh terus membeku," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!