suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Holland, Zendaya sah berkahwin

Tom (kanan) memberi gambaran mengesahkan perkahwinannya dengan Zendaya.

PELAKON Tom Holland akhirnya mengesahkan dirinya dan aktres Zendaya kini sudah bergelar suami isteri.

Menerusi temu bual bersama Esquire, Tom mengulas mengenai beberapa gambar perkahwinan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang tular sebelum ini.

Menurutnya, neneknya turut terkeliru dan berasa tersinggung kerana menyangka tidak dijemput ke majlis perkahwinan itu.

Tom dan Zendaya (kiri) dilaporkan berkahwin pada Mac lalu.

Tom dan Zendaya (kiri) dilaporkan berkahwin pada Mac lalu. 

Ditanya sama ada dia menghubungi ahli keluarga lain untuk menjelaskan perkara sebenar, bintang filem Spider-Man itu memberikan jawapan yang mengejutkan. 

"Tidak kerana mereka semua ada di sana. 

"Setakat itu sahaja saya boleh jawab mengenai perkara itu," katanya ringkas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penata gaya ‘pecah lubang’ Tom Holland, Zendaya sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kahwin secara rahsia, Zendaya dedah gambar ‘nikah’ dengan Tom Holland cuma AI

Jawapan tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa Holland mengesahkan khabar angin mengenai perkahwinannya dengan Zendaya yang sebelum ini menjadi bualan ramai.

Pada Mac lalu, spekulasi mengenai perkahwinan pasangan itu mula tercetus selepas penata gaya terkenal Law Roach memberi bayangan yang menguatkan dakwaan tersebut.

Zendaya bagaimanapun membuka mulut memaklumkan gambar perkahwinan yang tular di media sosial sebelum ini adalah palsu dan dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Katanya, dia sendiri terkejut apabila ramai yang mempercayai gambar itu termasuk rakan-rakan rapatnya.

Untuk rekod, Holland dan Zendaya berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Spider-Man sekitar 2017 sebelum hubungan mereka menjadi perhatian umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain