suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez besarkan anak kembar sendiri selepas bercerai

Jennifer (kiri) membesarkan anak kembarnya tanpa Marc (kanan).

PENYANYI Jennifer Lopez berkongsi pengalaman mengenai cabaran membesarkan anak kembarnya yang kini sedang bersiap sedia untuk menyambung pelajaran ke peringkat kolej.

Memetik laporan E News!, Jennifer berkata perjalanan sebagai seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi tanggungjawab keluarga dengan kerjaya seni yang padat dan mencabar.

Penyanyi lagu On The Floor itu turut turut mengimbas kembali tempoh selepas perpisahannya dengan bekas suami, Marc Anthony, pada 2011.

Jennifer (kanan) dan Marc berpisah pada 2011.

Katanya, ketika itu sebahagian besar tanggungjawab membesarkan anak-anak terpaksa dipikul sendiri.

“Saya seperti melakukan semua ini (besarkan anak) seorang diri. Itu satu pengalaman yang besar sebab saya tidak dapat bantuan daripada sesiapa,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez & Marc Anthony akhirnya disahkan bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bercerai dengan Ben Affleck, Jennifer Lopez akui lebih bahagia hidup solo

Untuk info, Jennifer dan Marc mempunyai anak kembar yang dinamakan sebagai Maximilian David Muniz dan Emme Maribel Muniz.

Jennifer juga mengakui kebanyakan urusan harian membesarkan anak-anak lebih banyak diuruskan olehnya walaupun mereka berkongsi hak penjagaan selepas perceraian.

Kini, Max dan Emme sudah berusia 18 tahun dan sedang bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam kehidupan mereka di peringkat pengajian tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain