suria

Jennifer Lopez & Marc Anthony Akhirnya Disahkan Bercerai

Jennifer dan Marc Anthony rasmi bercerai pada 16 Jun 2014.

SELEPAS berpisah dengan kekasih muda iaitu Casper Smart, Jennifer Lopez juga secara rasmi disahkan bercerai dengan Marc Anthony.

Menurut laoran Aceshowbiz, mahkamah Los Angeles mengesahkan pasangan tersebut bercerai secara rasmi pada 16 Jun lalu selepas memfailkan percerai tiga tahun lalu.

"Sepatutnya mereka rasmi bercerai pada Mac lalu, tetapi kerana beberapa maklumat yang tidak cukup membuatkan proses perceraian mereka ditangguhkan.

"Mahkamah juga menetapkan hak penjagaan anak kembar mereka iaitu Max dan Emme di bawah penjagaan Jennifer.

"Mark pula mendapat hak melawat anak-anaknya sebanyak tujuh hari sebulan. Namun Jennifer dan Marc bersepakat untuk menjaga anak kembar mereka itu bersama-sama," kata sumber.

Marc telah memfailkan cerai terhadap Jennifer pada 9 April 2012 selepas mereka dikatakan sudah tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Jennifer Lopez, Marc Anthony

Artikel Lain