suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gong Hyo Kemalangan Selepas Pulang Daripada Penggambaran

Gong Hyo
PELAKON Gong Hyo dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah trak seberat empat hingga lima tan pada Khamis.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu, Gong dikatakan baru pulang daripada penggambaran filem It’s Ok Its’ Live.

Semasa kemalangan, van yang dinaikinya gagal dikawal sehingga sebuah trak terlanggar dari arah belakang di lebuh raya Yongdong, Yongin.

Menurut pihak agensinya, pelakon itu mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selain calar pada bahagian kepala dan muka.

Pihak agensi masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan kesihatan Gong dan berharap dia  dapat meneruskan semula penggambaran kerana filem berkenaan dijadualkan berada di pawagam pada Julai depan. – Daily K-pop News
Gong Hyo

Artikel Lain