suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Martin & Gwyneth Paltrow Mungkin Kembali Bersama

Gwyneth dan Chris mengumumkan perpisahan mereka Mac lalu.
PASANGAN Chris Martin dan Gwyneth Paltrow dikhabarkan akan membatalkan hasrat mereka untuk bercerai selepas mengumumkan perpisahan pada Mac lalu.

Menurut laporan Daily Mail, sejak berpisah pasangan itu berusaha untuk memperbaiki hubungan dan rumah tangga mereka dengan mengahadiri sesi kaunseling.

"Chris dan Gwyneth masih tinggal sebumbung dan sesi kaunseling yang dihadiri mereka banyak membantu dalam memperbaiki hubungan mereka," kata sumber itu.

Malah kata sumber itu lagi, pasangan berkenaan masih memakai cincin perkahwinan mereka selain sering dilihat keluar bersama-sama biarpun sudah berpisah.

Khabar perpisahan mereka diumumkan sendiri oleh Gwyneth dan kedua-duanya tidak pernah menjelaskan sebab sebenar mereka mengambil keputusan itu.
Gwyneth Paltrow, Chris Martin.

Artikel Lain