suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Min Ho Lancar Laman Web Kebajikan

SEJAK dahulu lagi, Lee Min Ho dan para peminatnya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial mereka mengumpulkan dana bagi golongan yang memerlukan.

Menurut laporan MWave, melihat semangat peminat-peminat yang peka dengan kebajikan masyarakat, aktor itu melancarkan sebuah laman web khas iaitu Promiz bagi memudahkan pergerakan projek amal yang dianjurkan.

"Mempunyai laman web tersebut lebih memudahkan Min Ho menguruskan aktiviti kebajikan bersama para peminatnya malah pelbagai informasi dapat dikongsi kepada semua yang melayari laman itu.

"Pada masa sama, Min Ho dapat membahagikan tugas kepada peminat-peminat menguruskan Promiz ketika dia sibuk dengan kerja-kerja penggambaran," kata jurucakap aktor tersebut.

Dalam pada itu, Min Ho juga percaya, permulaannya menubuhkan laman web tersebut dapat memberikan inspirasi kepada selebriti-selebriti lain yang juga mahu melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan.

Lee Min Ho

Artikel Lain