suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Soo Hyun Dikatakan Bercinta Dengan Penyanyi Hong Kong

Soo Hyun dikatakan sedang bercinta dengan G.E.M.
AKTOR terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun sekali lagi menjadi bahan berita utama apabila dikatakan sedang hangat menjalinkan percintaan dengan penyanyi dari Hong Kong iaitu G.E.M.

Portal Soompi melaporkan, pasangan itu telah menjadi pasangan kekasih sejak beberapa bulan lalu selepas sama-sama terlibat dalam sebuah iklan coklat di Shanghai, China akhir tahun lalu.

Sebelum G.E.M., Soo Hyun turut dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain termasuk Suzzy daripada kumpulan Mizz A. Bagaimanapun kedua-dua mereka menafikan laporan khabar angin tersebut.

G.E.M. dikatakan sedang bercinta dengan Soo Hyun.

Dalam pada itu, rakan baik Soo Hyun iaitu pelakon Do Min Joon baru-baru ini enggan mengambil gambar dengan G.E.M. atau nama sebenarnya, Deng Zi Qi dalam satu majlis melibatkan mereka berdua kerana bimbang akan digosipkan dengan wanita berkenaan.

Malah aktor itu minta ditempatkan di hotel berbeza dengan penyanyi tersebut bagi mengelakkan salah faham selain menjaga hati rakan baiknya.

Pihak pengurusan Soo Hyun bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gosip terbaharu melibatkan pelakon popular itu.
Kim Soo Hyun, G.E.M.

Artikel Lain