suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monica, Bintang Filem Tamil Peluk Islam

Monica menukar namanya kepada MG Rahima dan meninggalkan terus kerjaya seninya yang dibina sejak zaman kanak-kanak.

PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.

 

Monica, MG Rahima

Artikel Lain