PERSONALITI televisyen, Ji Yeon Soo mendedahkan dia hanya menerima wang saraan bulanan sebanyak kira-kira RM2,200 daripada bekas suaminya, Eli yang juga merupakan bekas anggota kumpulan U-Kiss.Biarpun jumlah tersebut adalah mengikut standard pengiraan yang ditetapkan untuk tanggungan seorang anak, namun bagi Yeon Soo ia tidak mencukupi berikutan harga barangan dan kos hidup yang kian meningkat. "Jumlah itu adalah untuk beberapa tahun lalu. Harga barang semakin meningkat, namun jadual pengiraan masih sama. Jadi jumlah itu hampir tidak mencukupi.Perkahwinan Eli dan Yeon Soo hanya bertahan selama tujuh tahun. "Saya hanya menerima RM2,200 (850,000 won Korea) daripada bekas suami. Mengambil kira kos sara hidup sekarang, ia tidak mencukupi," katanya dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube.Yeon Soo membangkitkan perkara tersebut selepas timbul isu lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap anak selepas bercerai.Malah, lebih teruk lagi apabila seseorang lelaki itu mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Eli (U-Kiss) dan Ji Yeon Soo ambil keputusan berpisah selepas tujuh tahun berkahwin ARTIKEL BERKAITAN: Jaehyun NCT buat peminat tak senang duduk, foto mesra bersama wanita rupanya sepupu sendiri"Saya tidak boleh menghalang dia untuk membelanjakan wang peribadinya. Pada akhirnya, satu-satunya pilihan adalah mengikut prosedur undang-undang," ujarnya.Untuk rekod, Yeon Soo dan Eli berkahwin pada 2014 namun berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!