suria

Eli (U-Kiss) dan Ji Yeon Soo ambil keputusan berpisah selepas tujuh tahun berkahwin

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Eli dan Ji Yeon Soo akhirnya berpisah.

BEKAS anggota kumpulan U-Kiss iaitu Eli mengumumkan dia dan isterinya iaitu Ji Yeon Soo mengambil keputusan untuk berpisah selepas tujuh tahun berkahwin.

Eli menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia kini menetap di Amerika Syarikat, manakala isteri dan anak mereka iaitu Michael berada di Korea Selatan.

Biarpun sedih tidak dapat bertemu dengan Michael buat masa kini namun Eli tetap akan berusaha untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anaknya.

"2020 merupakan tahun yang sukar untuk kita semua. Saya ada beberapa berita yang ingin saya kongsikan dengan anda.

"Saya dan isteri mengambil keputusan untuk berpisah. Saya kini menetap di Amerika Syarikat manakala Michael pula tinggal bersama isteri saya di Korea.

"Walaupun saya tak dapat bertemu Michael buat masa kini, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang bapa yang dia perlukan.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan tapi saya mendoakan agar Michael dan ibunya sentiasa gembira," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain