suria

Tidak tersenarai dalam pencalonan, The Weeknd tuduh Anugerah Grammy amalkan rasuah dan tidak telus!

the weeknd 1

KECOH apabila penyanyi terkenal The Weeknd meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penganjuran Anugerah Grammy tahunan yang ke-63 pada tahun ini.

The Weeknd menerusi laman sosialnya berkata kekecewaan tersebut timbul disebabkan dia tidak menerima sebarang pencalonan dalam anugerah tersebut.

"The Grammys kekal rasuah. Awak hutang saya, peminat saya dan ketelusan industri," tulisnya.

Status yang dimuat naik The Weeknd di laman sosialnya itu turut mendapat sokongan penuh daripada peminatnya.



The Weeknd meluahkan perasaan kecewa terhadap penganjuran anugerah tersebut di Instagram.

Peminat turut senaraikan kejayaan The Weeknd dengan album yang berada dalam carta teratas iTunes R&B seperti After hours, Beauty Behind The Madness dan Starboy.

Bagaimanapun The Weeknd mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa bersamanya dalam industri dan akui kerjayaannya kini disebabkan sokongan mereka.

Pencalonan untuk anugerah itu telah diumumkan pada Selasa lalu dengan beberapa calon pilihan seperti Taylor Swift, Beyonce, Dua Lipa dan Post Malone bagi kategori Big Four.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain