suria

Terlalu obses dengan isteri, Justin Bieber harap hidup sampai tua bersama Hailey

Justin Bieber tulis ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran isterinya iaitu Hailey Baldwin.

MODEL terkenal Hailey Baldwin terharu apabila suami tersayang iaitu Justin Bieber memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada Ahad lalu.

Menerusi Instagram, Justin menulis kata-kata romantis buat isterinya itu dan berharap agar mereka dapat melayari alam kehidupan selama-lamanya.

"Mata saya untuk awak, hati saya untuk awak, jiwa saya untuk awak dan cinta saya untuk awak. Saya rasa berada di rumah jika ada awak. Awak adalah tempat selamat saya.

"Saya sangat obses dengan anda. Impian terbesar saya untuk bersama awak sehingga hari tua. Saya percaya awak adalah milik saya selamanya," tulis Justin di Instagram miliknya.



Justin terlalu menyayangi isterinya itu.

Perkongsian Justin itu menarik perhatian pengikut dan ruangan komen dihujani pelbagai ucapan daripada peminat.

"Saya rasa sangat bersyukur. Terima kasih untuk semua ucapan dan kasih sayang anda," balas Hailey.

Pasangan ini berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018 dan masih belum mempunyai cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain