suria

Vanessa Hudgens temui cinta baharu? Berpegangan tangan dengan pemain besbol Cole Tucker

Vanessa Hudgens kini sudah temui kekasih baharu.

SETELAH hubungan cinta Vanessa Hudgens dan Austin Butler dilaporkan sudah berakhir pada awal tahun lalu, aktres cantik itu dikatakan kini sudah menemui cinta baharu.

Menurut laporan Just Jared, Vanessa ditemui saling berpegangan tangan bersama pemain besbol iaitu Cole Tucker.

Pasangan ini dikatakan menikmati makan malam bersama di Canyon Country Store dan saksi di tempat kejadian memberitahu mereka kelihatan sangat mesra.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Vanessa memuat naik foto memegang sekuntum bunga bersama kapsyen 'date night'.

Sementara itu, sumber memberitahu pelakon ini menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki yang berusia tujuh tahun lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini Vanessa masih belum mendedahkan mengenai hubungan mereka secara umum.

Rata-rata peminat teruja dengan berita ini dan tidak sabar menantikan perkongsian dari Vanessa sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain