suria

Jason Momoa tak malu mengaku takut isteri - “Saya mungkin nampak besar dan gagah... tapi sebenarnya tidak!”

Jason Momoa akui takutkan isteri.

SERING dilabel sebagai seorang hero yang gagah berani kerana memiliki tubuh sasa, pelakon filem Aquaman, Jason Momoa mengakui dia sebenarnya merupakan seorang lelaki yang takutkan isteri.

Menurut laporan TheNews, Jason berkata kehidupan peribadinya bukanlah seperti seorang raja yang dilakonkan dalam filem, sebaliknya gelaran itu lebih sesuai untuk isterinya iaitu Lisa Bonet.

"Saya mungkin nampak besar dan gagah tapi sebenarnya tidak. Saya bukan macam Khal Drogo (watak yang dilakonkan olehnya dalam filem Game Of Thrones), bahkan saya bukan raja di rumah! Saya sangat takut dengan isteri.

Meskipun dilihat gagah, Jason berkata dia memiliki hati yang lembut dan mudah menangis apabila membayangkan anaknya yang semakin membesar.

Malah, dia mulai bimbang jika anak perempuanya iaitu Lola yang kini berusia 13 tahun sudah mula bercinta dan bertemu dengan lelaki yang tidak baik.

"Saya tak boleh bayangkan tentang hal ini, saya benci jika satu hari nanti Lola bersama lelaki tak guna. Saya mahu jika dia ingin bercinta, carilah lelaki yang lebih baik dari saya. Semoga dia bertemu seperti itu," ujarnya.

Jason dan Lisa menjalinkan hubungan cinta pada 2005 dan berkahwin pada 2017 lalu.

Pasangan ini memiliki dua anak iaitu Lola dan Nakoa-Wolf. Lisa juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain