suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas tujuh bulan membuat persiapan, Taeyeon bakal lancar album terbaharu pada Disember

Taeyeon mengambil masa tujuh bulan untuk persiapan album terbaharunya.

SELEPAS melancarkan lagu Happy pada Mei lalu, penyanyi Taeyeon bakal membuat kemunculan semula dengan mengeluarkan album solonya pada bulan hadapan.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan SM Entertaiment mengesahkan anggota kumpulan Girl Generations itu sedang sibuk membuat persediaan untuk album tersebut.

"Taeyong sedang melakukan persediaan untuk album terbaharunya yang disasarkan untuk dilancarkan pada Disember depan. Tolong nantikannya," katanya.

Taeyeon dikatakan mengambil masa tujuh bulan untuk menyiapkan album tersebut.

Dalam perkembangan lain, Taeyeon banyak melibatkan diri dalam drama OST dan juga tampil dalam mini album berbahasa Jepun keduanya berjudul Girlsspkout.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain