suria

Shawn Mendes belajar memasak, basuh baju dengan keluarga Camila Cabello - “Tak pasti bagaimana keadaan saya jika kehilangannya”

Shawn luangkan masa dengan Camila di rumah keluarga teman wanitanya di Miami.

UMUM mengetahui hubungan cinta selebriti terkenal iaitu Shawn Mendes dengan Camila Cabello biarpun masing-masing tidak pernah terbuka berkongsi mengenai percintaan mereka.

Namun menerusi laporan JustJared, Shawn akhirnya terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan mereka dan menganggap Camila merupakan wanita pertama yang membuatkan dia dilamun cinta.

"Seluruh dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 dan saya mempunyai seorang teman wanita yang membuatkan saya dilamun cinta buat kali pertama.



Shawn dan Camila mula rapat sejak Julai tahun lalu.

"Saya rasa hati ini terbuka sepenuhnya dan saya tak pasti bagaimana kehidupan dan keadaan saya jika kehilangan Camila," katanya.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, Shawn mendedahkan dia meluangkan masa bersama keluarga Camila di Miami dan mula belajar memasak serta membasuh baju.

Shawn dan Camila mula menjalinkan hubungan rapat sejak Julai tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain