suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS terus diiktiraf, dapat sijil platinum RIAA buat kali kedua

BTS sekali lagi membuktikan populariti mereka secara global.

KUMPULAN K-Pop terkenal iaitu BTS sekali lagi membuktikan populariti mereka secara global apabila mendapat sijil platinum daripada Recording Industry Association of America (RIAA) buat kali kedua.

Memetikt laporan Allkpop, RIAA mengumumkan bahawa album keempat kumpulan BTS berjudul Map of The Soul disahkan sebagai album platinum.

Sebelum ini BTS mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi salah satu artis Korea pertama memperolehi sijil platinum dengan album yang berjudul Love Yourself pada 16 Januari lalu.

Dalam perkembangan terkini, BTS sudah melancarkan album baharu mereka iaitu BE di seluruh dunia dan akan membuat persembahan di Anugerah Muzik Amerika 2020 pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman sosial, mereka ada memuat naik foto-foto di belakang tadbir video muzik Life Goes On yang membuatkan peminat-peminat tidak sabar menantikan kemunculan mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia