suria

Anjur program senaman ketika penularan Covid-19... Inul Daratista jawab kecaman netizen!

Inul berharap penganjuran program senaman mampu beri manfaat kepada masyarakat. Foto: KapanLagi.com

TINDAKAN penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista menganjurkan program senaman di kediamannya baru-baru ini mengundang kebimbangan dan rasa kurang senang netizen.

Lebih-lebih lagi negara itu kini sedang giat mengekang penularan wabak Covid-19 dan penganjuran aktiviti tanpa penjarakan sosial memungkinkan virus tersebut terus tersebar tanpa kawalan.

Menjawab kecaman netizen itu, Inul berkata program senaman secara percuma itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan imunisasi masyarakat dan memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

"Ketika musim pandemik Covid-19 ini kan semua duduk diam dekat rumah, jadi tak berapa nak sihat, tak ada aktiviti yang dilakukan.

"Saya rasa ada bagusnya saya mengajak mereka bersenam di kawasan lapang depan rumah saya.

"Mula-mula 10 orang sahaja yang sertai, bila ramai orang tahu saya jurulatih senaman itu lebih ramai yang turut serta dan angkanya hampir 100 orang.

"Saya akui apabila agak ramai yang ikuti senaman... saya mula was-was. Oleh itu, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan menegaskan pemakaian mask dan menyediakan tempat mencuci tangan," jelasnya.

Dalam pada itu, Inul berkata dia tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen dan berharap aktiviti yang dilakukan ini dapat memberi manfaat daripada sudut kesihatan.

SUMBER: KapanLagi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain