suria

Cinta Laura tayang 'six pack', kawal nafsu makan untuk dapat tubuh idaman

Cinta Laura amalkan pemakanan sihat untuk dapat badan idaman.

APA sahaja yang dilakukan oleh pelakon Indonesia, Cinta Laura pasti menarik perhatian netizen dan terbaharu fotonya menunjukkan 'six pack' pada bahagian perut turut menjadi perbualan hangat peminat.

Menerusi laporan KapanLagi, Cinta Laura Kiehl, 27, berkongsi foto terkini dirinya dan memberitahu dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman.

Kata pelakon drama Upik Abu dan Laura ini, dia menghabiskan banyak masa dengan bersenam serta mengawal pemakanan bagi memastikan impiannya untuk memiliki tubuh sihat tercapai.

"Hanya melihat mereka makan aiskrim selepas bersenam seribu kalori," tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram.

Rata-rata pengikut teruja melihat bentuk tubuh badan Cinta Laura yang kelihatan langsing dan menarik.

Berkongsi petua memiliki bentuk badan idaman, Cinta Laura berkata pengambilan makanan sihat merupakan faktor utama.

"Makanan sihat itu penting. Makan juga (aiskrim)!" jawabnya pada salah satu komen yang ditinggalkan pengikut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain