suria

Kelly Clarkson mahu jadi lebih baik selepas bercerai dengan Brandon Blackstock

Kelly mahu berubah demi anak-anak meskipun sudah bercerai dengan suami.

PENYANYI Kelly Clarkson memberitahu dia sentiasa ingin memperbaiki diri menjadi lebih baik biarpun usianya sudah mencecah 38 tahun.

Kelly berkata tahun 2020 juga banyak membantu dia untuk belajar tentang dirinya dan bersyukur dengan apa yang berlaku.

"Walaupun usia 38 tahun, saya berasa seperti saya sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Dan saya sentiasa mahu memastikan yang saya jadi versi terbaik diri saya," katanya.

Penyanyi lagu Because Of You itu berkongsi perkara tersebut menerusi program episode of The Kelly Clarkson Show, baru-baru ini.



Kelly mahu perbaiki diri.

Sebelum ini, Kelly mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Brandon Blackstock pada Julai lalu.

Menurut laporan Pop Culture, Kelly memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai perceraian mereka kerana ingin melindungi keluarganya selain menjaga hati banyak pihak.

"Apa yang penting bagi saya sekarang ini adalah memberi kasih sayang kepada anak-anak saya," ujarnya.

Kelly Clarkson dan Brandon Blackstock bercerai pada Julai lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu River, 6 dan Remington yang kini berusia empat tahun.

Artikel Lain