suria

Amelia Gray kongsi foto bersama Scott Disick kuatkan spekulasi sedang hangat bercinta

Sehingga kini Scott belum mendedahkan status hubungan cintanya dengan Amelia.

HUBUNGAN model terkenal Scott Disick dengan Amelia Gray Hamlin masih lagi menjadi teka teki walaupun mereka dilihat kerap menghabiskan masa bersama.

Terbaharu, pasangan ini dilihat memuat naik foto bersama di tepi pantai dan berkongsi luahan rasa syukur kerana dikurniakan teman-teman yang sentiasa berada di sisi.

"Terima kasih untuk orang-orang ini," tulisnya.

Amelia berkongsi luahan perasaan gembira dan bahagia itu menerusi Instastory.

Bagaimanapun Scott masih berdiam diri dan sehingga kini belum mendedahkan mengenai status hubungan mereka itu.

Selepas hubungan Scott dengan bekas kekasih iaitu Sofia Richie berakhir, dia kini dilihat mendekati wanita yang berusia 19 tahun itu.

Sebelum itu, ibu Amelia berkata dia menyokong dan merestui jika anaknya meneruskan hubungan dengan Scott.

"Saya percaya Amelia untuk membuat keputusan yang sewajarnya, jika dia gembira kami akan turut gembira," kata ibu Amelia.

Scott, 37 dan Kourtney Kardashian pernah membina keluarga tanpa ikatan secara rasmi dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Manson, 10, Penelope, 7 dan Reign yang kini berusia lima tahun.

SUMBER: HollywoodLife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19