suria

Hasrat Baim Wong bina pusat tahfiz hadiah untuk arwah ibu semakin terlaksana

Niat saya ingin bina pusat tahfiz untuk memperingati arwah mama, dengan cara ini dapat bahagiakan dia.

HASRAT pelakon Baim Wong membina sebuah pusat tahfiz semakin menjadi kenyataan apabila urusan mencari tanah wakaf di kampung halamannya di Purwakarta, Indonesia semakin selesai.

Lebih membahagiakan, berita itu diterima pada ulang tahun kedua pernikahannya dengan Paula Verhoeven, Isnin lalu.

Ujarnya lagi, niat ingin mendirikan pusat tahfiz berkenaan adalah salah satu cara membalas jasa arwah ibunya.

Baim Wong berkongsi berita gembira akan membina pusat tahfiz sempena ulang tahun keduannya bersama Paula Verhoeven.

"Saya sengaja cari tanah di Purwakarta supaya selalu ingat mama, mungkin dengan cara ni boleh bahagiakan mama. Doakan semoga dipermudahkan," tulisnya.

Baim berkongsi video tanah seluas enam hektar yang sudah 75 peratus hampir siap.

"Alhamdulillah hari ni dapat berita gembira... InsyaAllah tanah wakaf yang luas (3 hingga 6 hektar) yang sudah lama saya cari untuk dirikan pusat tahfiz dan juga menghafal Quran hasilnya sudah 75 peratus.

Dia juga mengajak orang ramai memberi sumbangan ikhlas dan bersama-sama mendirikan pusat tahfiz tersebut.

"Inysa-Allah ini adalah tanah wakafnya. Kalau ingin membantu sekali mari sama-sama dirikan pusat tahfiz untuk penghafaz Quran. Tidak kisah berapa pun jumlah yang ingin diberikan asalkan niat baik untuk membantu sesama kita. Semoga dengan ini, memberi manfaat kepada yang memerlukan," tulis Baim Wong di instagramnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19