PENYANYI dangdut, Uut Permatasari, mempunyai cara tersendiri dalam mengubati kerinduan terhadap suaminya, Kombes Tri Goffarudin Pulungan, ketika mereka menjalani perkahwinan jarak jauh atas tuntutan kerja.Menurut Uut, 44, dia akan menyimpan baju kegemaran suaminya yang belum dicuci setiap kali mereka perlu berjauhan. Katanya, baju tersebut akan dipakai kerana masih mempunyai bau suaminya, sekali gus membuatkan dia berasa lebih dekat dengan insan tersayang itu.Uut dan suami saling merindu bila berjauhan.“Itu cara saya melepaskan rindu setiap kali kami berjauhan. Kalau baju itu masih berbau suami, itulah yang saya akan pakai,” katanya.Tambahnya, dia juga kerap mengenakan baju kegemaran suaminya yang sudah koyak walaupun pernah dipandang serong oleh segelintir peminat.Jelasnya, keadaan baju tersebut yang sudah lusuh dan koyak di beberapa bahagian membuatkan ia kelihatan seperti pakaian tidur wanita.“Saya pernah minta baju itu dijahit, tapi suami tak benarkan kerana dia lebih selesa pakai yang itu,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Misai nipis jadi bahan ejekan, Iis Dahlia kecil hati wajah dipersendaARTIKEL BERKAITAN: ‘Bibik’ Raffi Ahmad dah popular, mampu pakai beg tangan LVDalam pada itu, Uut turut mengakui mempunyai kebiasaan tidur di bahagian katil yang biasa digunakan suaminya ketika dia bersendirian di rumah.Katanya, bau suami yang masih melekat pada tempat tidur membuatkan dirinya lebih tenang dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu.Untuk rekod, Uut mendirikan rumah tangga bersama Tri pada 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!