suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaehyun NCT buat peminat tak senang duduk, foto mesra bersama wanita rupanya sepupu sendiri

Jaehyun sangat menikmati percutiannya.

PEMINAT kumpulan NCT kecoh selepas anggotanya, Jaehyun, memuat naik beberapa foto bersama seorang wanita di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, Jaehyun dilihat meluangkan masa bersama wanita berkenaan ketika bercuti di sebuah pulau.

Malah, kedua-duanya turut dilihat berenang bersama dan menikmati masa berkualiti sepanjang percutian tersebut.

Foto Jaehyun bersama wanita cetus kekecohan dalam kalangan peminat.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang menyangka Jaehyun sedang memberi bayangan mengenai hubungan istimewanya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh seorang individu yang mendakwa rakan rapat penyanyi berkenaan.

Menurutnya, wanita yang berada dalam foto itu sebenarnya ialah sepupu Jaehyun.

"Saya berasa kasihan apabila memikirkan Jaehyun akan membaca semua komen ini, sedangkan dia hanya memuat naik gambar itu dengan niat yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaehyun NCT daftar latihan tentera 4 November, bakal sertai unit pancaragam

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak cantik-cantik lalu ‘red carpet’, pelakon hampir tersadung terpijak gaun sendiri

"Dia cuma mahu berkongsi kenangan indah bersama sepupunya walaupun jadualnya sangat padat," katanya.

Individu itu turut menjelaskan Jaehyun mempunyai bapa saudara yang bukan berasal dari Korea Selatan.

"Berhentilah menyebarkan cerita yang bukan-bukan dan kembali bekerja. Saya benar-benar sudah penat dengan semua ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain