suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Mu Yeol pernah dapat gaji hanya RM500 setahun

Mu Yeol melalui fasa hidup sukar sebelum dikenali.

SEBELUM namanya mula dikenali, pelakon Kim Mu Yeol mendedahkan dia pernah berdepan waktu sukar ketika mula melibatkan diri dalam dunia seni.

Tampil berkongsi kisah sedih, Mu Yeol, 44, memberitahu dia hanya memperoleh pendapatan sekitar RM500 setahun.

Dia membuat pengakuan itu ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen dan menceritakan tentang perjalanan hidupnya sebagai pelakon.

Drama Teach You A Lesson menaikkan nama Mu Yeol. 

Isteri Mu Yeol iaitu Yoon Seung Ah, yang juga merupakan seorang pelakon, memberitahu waktu sukar yang dilalui bersama menjadi satu pengalaman bermakna buat mereka.

Biarpun berdepan masalah kewangan, mereka berjaya mengharungi segala kesusahan dalam kehidupan berkeluarga.

"Suamiku, kita telah melalui segalanya bersama," luahnya kepada Mu Yeol dalam rancangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Lisa Blackpink, Frederic Arnault didakwa sudah berakhir 

ARTIKEL BERKAITAN: Suka duduk rumah, Oh Yeon Seo susah dapat pasangan

Kini, nama Mu Yeol semakin menjadi sebutan selepas dia tampil dalam drama Teach You a Lesson yang ditayangkan di platform Netflix.

Malah, dia juga tidak menyangka ramai yang mula menegurnya apabila berada di tempat awam.

"Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun, jiran saya menegur saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain