suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Bibik’ Raffi Ahmad dah popular, mampu pakai beg tangan LV

Pembantu rumah Raffi mampu bergaya dengan beg tangan jenama mewah.

KISAH peribadi dan perjalanan kerjaya pelakon Raffi Ahmad sering menjadi bualan peminat.

Terbaharu, bukan hanya Raffi yang diperkatakan, malah penampilan pembantu rumahnya yang memakai beg tangan jenama mewah turut meraih perhatian.

Perhatian netizen mula tercetus selepas isteri Raffi, Nagita Slavina, membawa tiga pembantu rumah mereka bercuti menaiki sebuah kapal persiaran di Singapura.

Penampilan tiga pembantu rumah Raffi menjadi perhatian. 

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, kelihatan salah seorang pembantu rumah yang dikenali sebagai Rini memakai beg tangan jenama mewah Louis Vuitton.

Selepas isu itu tular di media sosial, netizen mula menyelidik dengan lebih mendalam dan mendapati koleksi Pochette Félicie Monogram itu dianggarkan bernilai sekitar RM8,000.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana Rini bersama dua lagi pembantu rumah lain mampu bergaya dengan jenama mewah.

ARTIKEL BERKAITAN: Evan Marvino akui bertengkar hingga tangan isteri lebam 

ARTIKEL BERKAITAN: Davina Karamoy ditipu pakej haji palsu

"Hebat sungguh beg tangan jenama LV yang dipakai pembantu rumah.

"Kali ini saya yakin beg tangan pembantu rumah itu memang jenama LV," komen netizen.

Malah, nama Rini juga mula menjadi perhatian dan sebutan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain