suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Evan Marvino akui bertengkar hingga tangan isteri lebam

Hubungan Evan dan Tami kembali pulih.

PELAKON sinetron Evan Marvino tampil menjelaskan dakwaan dia melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Uffridatun Nitami atau Tami sehingga mereka hampir bercerai.

Menafikan perkara tersebut, Evan, 32, bagaimanapun mengakui berlaku pertengkaran antara mereka sebelum ini sehingga dia melakukan sesuatu mengikut emosi.

Malah, menurutnya, kesan lebam pada tangan Tami sebelum ini bukanlah disebabkan dipukul.

Evan menjelaskan dakwaan dia pukul isteri. 

"Tidak seperti yang diceritakan dan tiada keganasan rumah tangga berlaku. Ia hanya luahan emosi sebagai suami yang melemparkan barang di hadapannya.

"Ketika saya melemparkan barang itu, dia melompat dan terkena kipas angin di hadapannya. Mungkin juga ada kesan lebam kerana saya menggenggam terlalu kuat ketika menarik tangannya," katanya.

Evan dalam masa sama memberitahu hubungannya dengan Tami kembali pulih selepas proses perbincangan dilakukan antara mereka dan keluarga kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon menangis ditinggalkan isteri, netizen pula sindir sempat rakam video... “Macam tonton sinetron” 

ARTIKEL BERKAITAN: Davina Karamoy ditipu pakej haji palsu

Pelakon itu juga berjanji akan memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga mereka.

"Lebih muhasabah diri dan tidak terikut-ikut emosi. Tambahan pula kedua-dua anak kami perempuan," luahnya.

Sebelum ini, Evan mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik video menangis selepas Tami mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan meninggalkan suaminya.

Video tersebut bagaimanapun mendapat kecaman ramai yang menganggap Evan tidak ikhlas dalam mempertahankan perkahwinannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain