PENYANYI dangdut Indonesia, Iis Dahlia meluahkan rasa terkilan apabila wajahnya yang dilihat memiliki misai nipis dijadikan bahan lawak oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial di negara itu.Menurut Iis, ada individu sanggup memakai misai palsu dan mengenakan tudung semata-mata untuk meniru wajahnya sebelum menghasilkan video yang disifatkan sebagai menghina dirinya. Lebih mengecewakan, dia percaya tindakan itu bukan dilakukan kerana meminatinya, sebaliknya sekadar mahu meraih perhatian dan populariti di media sosial.Iis malas layan sindiran negatif."Zaman sekarang ramai sanggup buat apa sahaja untuk panjat sosial," katanya seperti dipetik Detik Hot.Tambah Iis, peminat yang mengemari seseorang artis tidak akan menjadikan idola mereka sebagai bahan jenaka atau menghina demi menghasilkan sebauh konten.Mengakui terganggu dengan video-video parodi berkenaan, penyanyi itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pencipta kandungan terbabit.ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi dangdut hampir bernikah ketika masih sekolah, bapa risau anak alami tekanan mentalARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, Ailee bakal berkahwin tahun depanMalah, dia enggan memberi perhatian yang akhirnya hanya menguntungkan mereka, termasuk meninggalkan sebarang komen pada video dimuat naik.Sebelum ini, Iis pernah menjelaskan dia memilih untuk mengekalkan misai nipis pada wajahnya kerana menganggapnya sebagai sebahagian daripada identiti dan keunikan dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!