PENYANYI Harry Styles mencetuskan kebimbangan peminat apabila dia rebah secara mengejut di atas pentas ketika mengadakan konsert di Stadium Wembley, London pada Jumaat.Insiden itu berlaku selepas penyanyi berusia 32 itu dipercayai tersedak air ketika melakukan aksi ikoniknya menyembur air daripada mulut atau whale spit. Harry dikatakan mengalami kesukaran bernafas gara-gara cuaca panas yang melampau sehingga tumbang di atas pentas.Harry dilaporkan dalam keadaan baik. Menerusi video tular di media sosial, Harry dilihat terbaring selama beberapa saat sambil melonggarkan tali leher dan menepuk bahagian dadanya sebelum berjaya mendapatkan semula nafas.Harry kemudiannya bangun dan berlari meninggalkan pentas sambil melambaikan tangan kepada penonton sebagai tanda dia berada dalam keadaan selamat.ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz didakwa sudah bertunang, mahu segera timang cahaya mataARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz mesra berpegang tangan, video dirakam tanpa sengajaInsiden tersebut mengundang kebimbangan peminat, malah ramai mempersoalkan tindakan kru konsert yang didakwa lambat memberikan bantuan ketika penyanyi itu dilihat bergelut untuk bernafas.Sehingga kini, wakil Harry Styles masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!