BEKAS anggota kumpulan One Direction, Harry Styles dan pelakon Zoe Kravitz didakwa sudah bertunang apabila timbul cakap-cakap kononnya penyanyi itu sudah bersedia menimang cahaya mata.Menurut laporan Mirror, sumber terdekat mendakwa Harry sudah memberitahu teman-teman rapat bahawa dia sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. "Dia memang sangat mahukan bayi, dia sendiri sudah cakap dengan kawan-kawan rapat tentang perkara itu," dedah sumber.Harry dan Zoe (kanan) didakwa sudah mengikat tali pertunangan.Spekulasi hubungan mereka mula hangat diperkatakan selepas pasangan itu dilihat semakin kerap bersama sejak tahun lalu.Ada juga laporan yang menyebut mereka pernah bercuti bersama secara romantik dan dilihat berpegangan tangan di beberapa lokasi.Meskipun tiada pengesahan rasmi daripada kedua-duanya, kemesraan mereka terus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz mesra berpegang tangan, video dirakam tanpa sengajaARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles hentikan konsert, peminat hamil mahu ke tandasZoe juga pernah dilihat memakai cincin di jari manis ketika berada di London, sekali gus menambah spekulasi mengenai hubungan mereka.Dalam pada itu, Harry sebelum ini pernah menyuarakan pandangannya tentang kehidupan peribadi dalam satu temu bual dengan menyatakan dia mahu hidupnya lebih bermakna termasuk memiliki keluarga dan hubungan yang stabil."Saya mahu keluarga. Saya mahu hubungan yang baik. Saya mahu hidup yang bermakna," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!